Tuesday 6 September 2011

Cerita Pasal Zakat Fitrah


Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatu..

Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam. Sudah menjadi suatu kewajipan bagi setiap orang islam untuk meninaikan zakat yang wajib keatas diri dan hartanya. Zakat ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Zakat Harta dan Zakat Fitrah.

Adapun zakat harta kebiasaanya bagi seorang muslim membayarnya setahun sekali dan ada kalanya membayar pada setiap bulan berdasarkan kemampuan masing-masing. Zakat Harta ini merangkumi zakat Pendapatan, wang simpanan, KWSP, zakat Emas dan Galian, Zakat ternakan, pertanian dan sebagainya. Bahagian ini perlulah dikeluarkan jika sekiranya cukup syarat-syaratnya yang boleh dirujuk kepada Pusat Zakat di setiap negeri di Malaysia ini.

Zakat Fitrah pulah diwajibkan kepada semua individu Muslim yang hanya di terima pembayaranya pada bermulanya bulan Ramadhan @ bulan Puasa sehingga sebelum Solat Sunat Aidilfitri. Umum mengetahui akan perkara tersebut.

Penulis baru-baru ini berkesempatan menjadi Amil Zakat. hahaha... Pelbagai kerenah dan Mind Setting daripada orang islam dapat dilihat. Tugasan kebiasanya di agensi kerajaan dan pusat membeli belah. Ada yang bertanya "Ust saya pakai seluar pendek ni leh bayar zakat ke?" "Ust, kene pakai tudung ke dulu?" "Ust leh bayarkan tunang saya X?" tidak kurang juga warga OKU yang ingin membayar zakat walaupun keadaan meraka bisu, cacat anggota badan.

Alhamdulillah walaupun dalam suasna dan keadaan yang saya sebutkan tadi masih ada juga kesedaran dalam bab Zakat ini. tidak kurang juga bila diajukan solan-solan yang xterjangka di akal. "Ust, bolehke kita bayar zakat terus kepada asnaf-asnaf yg lapan tu??" saya menjawab, tiada halangan saudara membuat seperti yang berikut tetapi apabila ada institusi yang bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal zakat maka wajib keatas orang islam membuat pembayaran kepada institusi tersebut. Kerana apabila di uruskan oleh institusi berkenaan maka lebih ramai asnaf-asnaf tersebut yang akan dpt merasai wang zakat tersebut. lebi kurang mcm tu la jawapanye..

Selepas raya...saya masuk semula ke pejabat. ramai juga yang datang untuk membayar zakat harta. Tiba-tiba seorang bertanya, "boleh byar zakat fitrah lagi??"......... jeng-jeeng jeng....