Tuesday 7 August 2012

RAMADHAN DATANG KEMBALI



Dari segi Bahasa Puasa: Menahan diri dari makan dan minum.. dari sudut syarak pula: menahan diri daripada makan, minum, nafsu daripaa perkara2 yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat.

Firman Allah S.W.T:
"Wahai Orang yang Beriman!,diwajibkan keatas kamu berpuasa sepertimana telah diwajibkan keatas umat-umat sebelum kamu.Moga-moga kamu bertakwa". 

(surah al-Baqarah ayat 183

Berdasarkan ayat tersebut, maka wajiblah kepada semua yang bergelar muslim/orang islam yang sudah baligh, waras akal fikiran dan sihat untuk menunaikan kewajipan ini.

Tahun ni lain daripada lain.Kali ini tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, kini berpuasa diperantawan. Sangat berlainan suasana berbanding dikampung halaman. Suasan dimasjid juga berbeza. nk katenye semua la berbeza. Cuma akidah yang sama disini. hehehhe

Tahun ni tak jadi amil zakat, xde dah dok-dok kat kaunter di pasaraya, bangunan kerajaan dan pasar ramadhan. Sepanjang hari berada di institusi yang mengeluarkan porduk modal insan iaitu Sekolah. Jadi tahun ni salam tangan amil zakat r, bukan lagi salam tangan pembayar zakat.

Untuk Negeri Sabah kadar zakat fitrah pada tahun ini ialah RM7.00. Jadi orang Sabah, jangan lupa berzakat. Zakat Bersih Jiwa, Suci Harta.

Ramadhan Karim....Allahu akram.



             

Bermulanya di Negeri Orang

Dari sekolah menengah, kehidupan ini penuh dengan merantau ditempat orang. tak kira la kat dalam negeri sendiri atau pon negeri orang lain. Disebalik itu tersirat pelbagai pengalaman dan luas pandangan. Ini kerana dengan merantaulah dapat mematangkan diri ini, meguatkan hati, dan belajar berdikari.
Ditempat baharu ini, sekali lagi berjauhan dari keluarga, mencari pengalaman hidup di sekolah dunia ini. Bahasa baru, style makanan baru, cara hidup baru itulah pembaharuan yang perlu ketika merantau di bumi Borneo Sabah ini.
 Air Terjun Tambunan seminggu selapas sampai di Sabah

Sahabat sahabat yang bersama ditempatkan di Sabah

Inilah permulaan kerjaya yang mencabar. Di perantawan, tanpa keluarga, tetapi bersama sahabat yang seangkatan dengan aku. Moga perjalanan ini dipermudahkan oleh Nya. 

"Apabila solat telah dilaksanakan, Bertebaranlah kamu dimuka bumi, Carilah kurniaan Allah sebanyaknye, dan perbanyakkanlah mengingat Allah, agar kamu beruntung"
(al-Jumu'ah:ayat 10)

Friday 20 July 2012




بحث عن:

Tuesday 6 September 2011

Cerita Pasal Zakat Fitrah


Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatu..

Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam. Sudah menjadi suatu kewajipan bagi setiap orang islam untuk meninaikan zakat yang wajib keatas diri dan hartanya. Zakat ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Zakat Harta dan Zakat Fitrah.

Adapun zakat harta kebiasaanya bagi seorang muslim membayarnya setahun sekali dan ada kalanya membayar pada setiap bulan berdasarkan kemampuan masing-masing. Zakat Harta ini merangkumi zakat Pendapatan, wang simpanan, KWSP, zakat Emas dan Galian, Zakat ternakan, pertanian dan sebagainya. Bahagian ini perlulah dikeluarkan jika sekiranya cukup syarat-syaratnya yang boleh dirujuk kepada Pusat Zakat di setiap negeri di Malaysia ini.

Zakat Fitrah pulah diwajibkan kepada semua individu Muslim yang hanya di terima pembayaranya pada bermulanya bulan Ramadhan @ bulan Puasa sehingga sebelum Solat Sunat Aidilfitri. Umum mengetahui akan perkara tersebut.

Penulis baru-baru ini berkesempatan menjadi Amil Zakat. hahaha... Pelbagai kerenah dan Mind Setting daripada orang islam dapat dilihat. Tugasan kebiasanya di agensi kerajaan dan pusat membeli belah. Ada yang bertanya "Ust saya pakai seluar pendek ni leh bayar zakat ke?" "Ust, kene pakai tudung ke dulu?" "Ust leh bayarkan tunang saya X?" tidak kurang juga warga OKU yang ingin membayar zakat walaupun keadaan meraka bisu, cacat anggota badan.

Alhamdulillah walaupun dalam suasna dan keadaan yang saya sebutkan tadi masih ada juga kesedaran dalam bab Zakat ini. tidak kurang juga bila diajukan solan-solan yang xterjangka di akal. "Ust, bolehke kita bayar zakat terus kepada asnaf-asnaf yg lapan tu??" saya menjawab, tiada halangan saudara membuat seperti yang berikut tetapi apabila ada institusi yang bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal zakat maka wajib keatas orang islam membuat pembayaran kepada institusi tersebut. Kerana apabila di uruskan oleh institusi berkenaan maka lebih ramai asnaf-asnaf tersebut yang akan dpt merasai wang zakat tersebut. lebi kurang mcm tu la jawapanye..

Selepas raya...saya masuk semula ke pejabat. ramai juga yang datang untuk membayar zakat harta. Tiba-tiba seorang bertanya, "boleh byar zakat fitrah lagi??"......... jeng-jeeng jeng....

Friday 18 December 2009

Ibarat Air dan Asap, yang Mengalir dan Meresap......



Ramai yang megetahui bahawa kata2/percakapan mampu menundukan sesiapa sahaja jika kena dengan caranya. kata juga bagaikan pedang tajam yang boleh menghuris dan menundukkan musah. jadi dengan kata2 ini dapat mempengaruhi, menyakiti, menyentuh, meyakinkan seserang dan menenangkan sesiapa sahaja yang mendengar.

Kata Prof. Sidek Baba, "pendakwah itu ibarat air dan asap yang mengalir dan meresap". saya percaya tak semua orang dapat mengeluarkan kata2 sakti ini yang penuh dengan makna dan pengertian serta tafsiran. kualiti pendakwah dizaman moden dan serba maju ini memainkan peranan penting untuk mengajak manusia ke jalan benar yang mana kata2 mereka dapat megalir bagaikan air dalam pemikiran manusaia dan kehidupan mereka dan meresap bagaikan asap menjadikan sebahagian daripada cara hidup mereka.

Tujuan manusia di jadaikan di muka bumi ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk beribadah kepada Allah S.W.T. dalam pada masa itu masih ada lagi yang terabai dengan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Jadi sebagai seorang muslim kita berperanan menegur dan membinbing mereka ini ke arah jalan yang di redi' oleh Allah S.W.T.


Pubic Relation itu penting bagi seseorang daie' untuk menarik minat madu' atas apa yang sedang diperkatakan kepada mereka. ini perlulah disusuli dengan contoh tauladan yang baik yang menjadi sebagai perisai kritikan orang lain. Kita lilhat sendiri contoh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang mane mempunyai public relation yang baik dengan kaum qurash di mekkah sebelum hijrahnya sehinggalah baginda berhijrah dan menyatukan kaum Aus dan Khajrad di Yathrib(madinah). Di samping itu personaliti baginda juaga menjadi ikutan seluruh umat arab pada masa itu dari sudut percakapanya yang meresap ke dalam hati2 orang mukmin yang penuh dengan makna, amalan seharian yang bersderhana serta seorang pengurus tadbir negara yang baik.

Inilah yang perlu dicontohi oleh pendakwah kini yang memerlukan kemahiran intelektual supaya setiap kata2 yang disampaikan kepada manusia itu mengandungi makna dan pengisian yang dapat meresap di hati2 manusia seterusnya mengalir di setiap pelusuk urat saraf di dalam badan manusia yang akan menghasilkan praktikal amalan yang bermutu...

Friday 11 December 2009

Hari ini dalam sejarah....

Asalamaualaikum
aku dipelawa membuat blog ini, moga dengan ini dapat mencari yang hakiki.
Asal blog ini tertubuh kerna coretan yang hebat di blok shbtku pokcikmz.blogspot.com. so kena la wat blog ni sebab nak komen si pakcikmz 2 pye cete.leps ni x tau r post cete aku pulak bile.
ok...wasalam...