Tuesday 7 August 2012

RAMADHAN DATANG KEMBALI



Dari segi Bahasa Puasa: Menahan diri dari makan dan minum.. dari sudut syarak pula: menahan diri daripada makan, minum, nafsu daripaa perkara2 yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat.

Firman Allah S.W.T:
"Wahai Orang yang Beriman!,diwajibkan keatas kamu berpuasa sepertimana telah diwajibkan keatas umat-umat sebelum kamu.Moga-moga kamu bertakwa". 

(surah al-Baqarah ayat 183

Berdasarkan ayat tersebut, maka wajiblah kepada semua yang bergelar muslim/orang islam yang sudah baligh, waras akal fikiran dan sihat untuk menunaikan kewajipan ini.

Tahun ni lain daripada lain.Kali ini tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, kini berpuasa diperantawan. Sangat berlainan suasana berbanding dikampung halaman. Suasan dimasjid juga berbeza. nk katenye semua la berbeza. Cuma akidah yang sama disini. hehehhe

Tahun ni tak jadi amil zakat, xde dah dok-dok kat kaunter di pasaraya, bangunan kerajaan dan pasar ramadhan. Sepanjang hari berada di institusi yang mengeluarkan porduk modal insan iaitu Sekolah. Jadi tahun ni salam tangan amil zakat r, bukan lagi salam tangan pembayar zakat.

Untuk Negeri Sabah kadar zakat fitrah pada tahun ini ialah RM7.00. Jadi orang Sabah, jangan lupa berzakat. Zakat Bersih Jiwa, Suci Harta.

Ramadhan Karim....Allahu akram.



             

No comments:

Post a Comment