Tuesday 7 August 2012

RAMADHAN DATANG KEMBALI



Dari segi Bahasa Puasa: Menahan diri dari makan dan minum.. dari sudut syarak pula: menahan diri daripada makan, minum, nafsu daripaa perkara2 yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat.

Firman Allah S.W.T:
"Wahai Orang yang Beriman!,diwajibkan keatas kamu berpuasa sepertimana telah diwajibkan keatas umat-umat sebelum kamu.Moga-moga kamu bertakwa". 

(surah al-Baqarah ayat 183

Berdasarkan ayat tersebut, maka wajiblah kepada semua yang bergelar muslim/orang islam yang sudah baligh, waras akal fikiran dan sihat untuk menunaikan kewajipan ini.

Tahun ni lain daripada lain.Kali ini tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, kini berpuasa diperantawan. Sangat berlainan suasana berbanding dikampung halaman. Suasan dimasjid juga berbeza. nk katenye semua la berbeza. Cuma akidah yang sama disini. hehehhe

Tahun ni tak jadi amil zakat, xde dah dok-dok kat kaunter di pasaraya, bangunan kerajaan dan pasar ramadhan. Sepanjang hari berada di institusi yang mengeluarkan porduk modal insan iaitu Sekolah. Jadi tahun ni salam tangan amil zakat r, bukan lagi salam tangan pembayar zakat.

Untuk Negeri Sabah kadar zakat fitrah pada tahun ini ialah RM7.00. Jadi orang Sabah, jangan lupa berzakat. Zakat Bersih Jiwa, Suci Harta.

Ramadhan Karim....Allahu akram.



             

Bermulanya di Negeri Orang

Dari sekolah menengah, kehidupan ini penuh dengan merantau ditempat orang. tak kira la kat dalam negeri sendiri atau pon negeri orang lain. Disebalik itu tersirat pelbagai pengalaman dan luas pandangan. Ini kerana dengan merantaulah dapat mematangkan diri ini, meguatkan hati, dan belajar berdikari.
Ditempat baharu ini, sekali lagi berjauhan dari keluarga, mencari pengalaman hidup di sekolah dunia ini. Bahasa baru, style makanan baru, cara hidup baru itulah pembaharuan yang perlu ketika merantau di bumi Borneo Sabah ini.
 Air Terjun Tambunan seminggu selapas sampai di Sabah

Sahabat sahabat yang bersama ditempatkan di Sabah

Inilah permulaan kerjaya yang mencabar. Di perantawan, tanpa keluarga, tetapi bersama sahabat yang seangkatan dengan aku. Moga perjalanan ini dipermudahkan oleh Nya. 

"Apabila solat telah dilaksanakan, Bertebaranlah kamu dimuka bumi, Carilah kurniaan Allah sebanyaknye, dan perbanyakkanlah mengingat Allah, agar kamu beruntung"
(al-Jumu'ah:ayat 10)